Pages

Wednesday, 31 December 2014

PENUTUP 2014 ~ BANJIR DI KELANTAN

ASSALAM

This is my last entry for year 2014..
And suprisingly..Rupanya tak banyak pun post yang Ja tulis in 2014..Less than 10!!

Actually..there are so many things happenend this year..
GOOD & BAD..
Tapi..tak tahulah sebab apa..tak banyak yang sempat share kat blog..
Aci tak kalau buat throwback?? Hehe..

 

Minggu terakhir 2014 telah meninggalkan satu sejarah terutamanya bagi kami yang berada di Kelantan..

BANJIR BESAR!!

  
 
 AllahuAkbar..

Tak tahu macam mana nak describe perasaan Ja time tu..Risau..sedih..bercampur2..Dapat sms & whatsapp from family members & friends yang terlibat dengan banjir..

Lagi-lagi start Khamis (25hb tu) sampailah Ahad, susah betul nak berhubung..Line memang teruk le..call, sms & whatsapp semuanya tak dapat..Rumah family di Wakaf Bharu pun naik air..Sangat-sangat terkejut sebab area rumah tak pernah-pernah kena banjir..So, boleh bayangkanlah betapa besarnya bah tahun ini..Ja nak ke tempat diorg pun tak boleh..sebab jambatan pun ditutup..Mujur, parents & adik-adik sempat berpindah ke tempat yang lebih tinggi..

Alhamdulillah, Ja sangat-sangat bersyukur sebab kawasan tempat tinggal Ja di Kubang Kerian not directly affected with air bah..Even Ja bukanlah mangsa banjir, tapi hati Ja tak pernah senang..risau sepanjang masa..Dok fikir family kat kampung..Boleh faham sangat perasaan anak-anak, sedara mara yang berada di luar Kelantan..Luahan mereka tidak dapat khabar berita dari orang-orang yang tersayang amat memilukan, kerana Ja yang berada di Kelantan, sudah dekat di sini pun tak mampu untuk berjumpa mereka..

Pada masa kritikal ni, bandar Kota Bharu, Ja rasa macam dah jadi zon perang..Helikopter lalu lalang kat atas..mungkin meninjau perkembangan kawasan banjir..mungkin juga menghantar bantuan..Kat pasar raya, barang-barang keperluan asas seperti roti, sardin, telur, lilin..semuanya out of stock..Yang paling tak patut..ada jugak yang mengambil kesempatan dengan kenakan harga yang tinggi..Bayangkan ada yang beli sebatang lilin dengan harga RM5..ATM machines semuanya kehabisan duit..


Stesen-stesen minyak pun kehabisan petrol..Kalau yang ada pun..hanya orang yang betul-betul sabar je yang mampu beratur tunggu giliran..Apabila malam menjelma..memang nak cepat-cepat siang..sebab ramai mangsa banjir yang bergelap kerana bekalan elektrik di potong..Apabila hujan turun, tak semena-mena hati gundah gulana..berdoa agar hujan cepat-cepat berhenti..

Sekarang ini (31 Disember 2014) hari terakhir di tahun 2014, dah banyak tempat yang air semakin surut..Cuma ujian & cabaran lain pula yang menunggu..Rumah-rumah perlu dibersihkan dari selut & lumpur yang tebal. Kerosakan harta benda..Yang paling utama, hendak pulihkan kembali semangat untuk teruskan hidup..

Alhamdulillah, rumah family Ja tidaklah teruk..Cuma tak dapat bayangkan bagaimana keadaan mangsa-mangsa banjir terutamanya yang berada di Kuala Krai, Gua Musang & Tanah Merah.  Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..Kita yang melihat pun berlinang air mata, apatah lagi mereka..Mungkin air mata pun dah kering.. :(

APA PERANAN & TANGGUNGJAWAB KITA SEKARANG??
 
Hulurkanlah bantuan & sumbangan kepada mangsa banjir..Tak kira bantuan kewangan atau keringat..Please..Do it with dignity!!  Kalau nak menyumbang pakaian, bagilah pakaian yang elok-elok..Jangan pula pakaian yang kita sendiri pun tak sanggup nak pakai..dah koyak-koyak or berbau lipas..Fikirkan apa perasaan mereka yang tengah bersedih..
 
Berilah juga sokongan moral & kata-kata motivasi kepada mereka..Selamilah hati & perasaan mereka..Ingatlah di saat kita senang, ada yang sedang berduka..Ini pun reminder bagi Ja juga ~hentikan terlebih dahulu upload gambar yang kita sedang happy, makan sedap-sedap, pergi vacation dan apa saja membawa maksud sedang gembira sakan.. Sebab Ja sendiri pernah terbaca status beberapa rakan facebook yang menjadi mangsa banjir, betapa sedihnya hati mereka apabila lihat status orang lain yang sedang bersuka ria & tunjukkan makanan yang sedap-sedap..sedangkan mereka?? Makanan pun kena catu..Ya Allah, sekiranya aku alpa..Engkau ingatkanlah diriku ini..& sekiranya ada yang terguris & tersinggung dengan apa-apa status Ja (termasuk juga entri ini), mohon maaf banyak-banyak...

Kami semua redha dengan apa yang berlaku..Sesungguhnya Allah tidak akan menguji seseorang melebihi dengan apa yang dia tidak mampu kan..ALLAH KNOWS WHAT IS BEST FOR US :)

Bersyukur & hargailah setiap apa yang kita miliki..Sama-samalah kita meminta agar dibesarkan iman untuk menempuhi setiap ujian..AMIN :)




Lots of Love ;)
Muhaniza Zainal


 


No comments:

Post a Comment