Pages

Sunday, 30 December 2012

PERSIAPAN SEKOLAH ANAK 2013

 
 
Assalam & Good day..
 
 
2 hari je lagi sekolah akan mula kembali..My lovely daughter, Anis..memang tak sabar-sabar dah..Remember my post on how she missed her school so much?? Read here please..Hehe..
 
Tahun 2013, Anis baru 5 tahun..So, xde le banyak sangat persiapan sekolah untuk dia..Uniform sekolah still ok..Bag sekolah pun ok..Lagipun Anis ada banyak lagi alat tulis yg belum diguna..Senang cerita, semua stationeries sebenarnya sekolah dia yg sediakan..Tugas Umi & Baba just bayar yuran je..Boleh gitu??Boleh..sebab baru kindergarden kan..Lain le kalau Anis dah masuk primary school..Mesti banyak yang nak kena prepare kan.. :) Just can't wait for that moments..
 
 So, how's the preparation??
 
Memang tak dinafikan, tiba hujung tahun mesti ramai ibu bapa yang pening pasal budget untuk persekolahan anak-anak kan..Maybe bukan semua parents camnih..Ye la, kalau dah awal-awal menabung..mungkin takde masalah..But, kalau yang xde saving..memang garu kepala le..Lagi-lagi anak-anak sekarang..daripada hujung rambut sampai hujung kaki..semua nak yg baru..
 
 I found this picture from facebook.. 
 
So, let's take a look
  
 
Ja rasa anggaran ni bukan hanya untuk anak yang bersekolah di Lembah Klang je..Kat mana-mana pun pasti akan face the same thing..Just plus minus..Lebih kurang je kan..Alamak!! Ini untuk persiapan untuk mula sekolah..Camne plak belanja sekolah hari-hari?Time Ja sekolah dulu, 60 sen sehari pun cukup..Sekarang?? Berapa ringgit?? Hishh, duit ni macam air je kan...
 
Ja yakin ramai parents kat luar sana yang sanggup buat apa sahaja untuk anak-anak mereka kan..Ja pun tidak terkecuali..Even Anis baru nak masuk 5 tahun..Ja & husband sanggup keluar extra budget untuk masukkan dia kat sekolah yang bagus..Yupp, dengan harapan..our daughter akan dapat pendidikan yang terbaik!!
 
Kalau ingat kembali, Ja & adik-adik dulu..Abah & Ma sentiasa cuba untuk penuhi segala keperluan kami adik-beradik..Tidak pernah pun mereka merungut..So, sekarang tanggungjawab kami untuk membalas jasa mereka..Kalau boleh, Ja tak nak mereka susah hati..Of course, tiada apa yang boleh membalas jasa mereka kan..Huhu..sedih plak..Cuma doakan yang terbaik untuk mereka.
 
This is also one of the reasons why I decided to do this business..Ye la, Ja tak mahu hidup Ja je selesa..Dengan gaji sebagai lecturer, alhamdulillah..memang Ja boleh survive..But, Ja pun nak selesakan hidup parents Ja & juga orang-orang kat sekeliling Ja..Kalau dapat bonus lebih..Ma & Abah pun akan dapat lebih..Since buat bisnes ni..alhamdulillah..banyak yg dah berubah..untuk parents & anak-anak..Syukur sangat2..
 
Abah & Ma
 
Kita  dikira masih baru  menyambutTahun Hijrah 1433 & 2013 pun bakal tiba..In sha Allah, Ja berazam untuk menjadi isteri, ibu & anak yang lebih baik daripada sebelum ini. Juga kakak yang lebih baik kepada adik-adik..Harap semua doakan ye.. :)
 
Bagi ibu bapa yang tengah sibuk membuat persiapan terakhir untuk persekolahan anak-anak, sedikit perkongsian & panduan untuk ibu bapa berjimat yang Ja dapat daripada Berita Harian. Boleh klik sini untuk full article.
 
Membuat simpanan untuk persekolahan anak. 
 
Mengajar anak menjaga kebersihan pakaian dan peralatan sekolah kerana jika keadaan pakaian dan peralatan sekolah berada dalam keadaan baik, ia boleh diguna pakai semula.


Bagi ibu yang tidak bekerja, usahakan supaya anak dapat dibekalkan makanan berkhasiat ke sekolah seperti sandwic, nasi goreng, mi goreng dan sebagainya.
 
Nasihatkan anak jangan suka merungut dan membandingkan diri mereka dengan rakan yang datang dari keluarga berkemampuan. Nasihatilah mereka `ukur baju di badan sendiri' dan yang pentingnya adalah berusaha untuk menjadi pelajar berjaya.

1 Januari 2013
 
Semua ibu bapa akan kembali ke rutin biasa dan sibuk semula. Mungkin ada yang akan terasa sedikit lelah, terkejar-kejar menguruskan hal ehwal persekolahan tapi yang pasti ganjaran pahala tersedia buat kita para ibu kan..Para suami pula, ringan-ringankan kudrat untuk sama-sama membantu isteri masing-masing..Buat anak-anak, hargailah segala perit jerih & pengorbanan ibu bapa anda..In sha Allah, mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan dunia & akhirat..Amin..
 
 
Lots of love,
JA
013-9200546

No comments:

Post a Comment