Pages

Friday, 26 October 2012

PENGORBANAN


ASSALAM & GOOD DAY 



Alhamdulillah..hari ini kita masih lagi berkesempatan untuk menyambut hari raya AidilAdha a.k.a hari raya korban..Sebut pasal pengorbanan..Adakah kita semua menghayati apakah maksud sebenar pengorbanan??

Apa kata kita hayati peristiwa korban Nabi Ibrahim & puteranya Nabi Ismail dimana kedua-duanya telah membuat pengorbanan yang besar dalam hidup mereka..Nabi Ibrahim sanggup mengorbankan anak kesayangannya kerana Allah & Nabi Ismail pula sanggup menyerahkan nyawanya untuk mendapat keredhaan Allah..Begitu agung rasa cinta, sayang & ketaatan kedua-dua bapa & anak kepada Sang Pencipta. Namun, kerana kepatuhan Nabi Ibrahim & kesanggupan Nabi Ismail, Allah telah memberikan balasan yang sebaiknya buat mereka.Semoga kita semua mendapat iktibar daripada kisah ini..Apa yang Ja sendiri faham, sekiranya tiada pengorbanan..pasti tiada kejayaan..


SEKADAR RENUNGAN

Nak korban APA?
BILA nak berkorban?
Pengorbanan untuk SIAPA?
KENAPA kita perlu berkorban?

InsyaAllah Ja akan cuba jawab setiap persoalan di entri-entri akan datang..Sabar ye..Bukankah sabar pun satu bentuk pengorbanan?? 

Sekali lagi, Ja nak ucapkan selamat menyambut AidilAdha untuk semua pembaca blog Ja..Kalau ada tersalah kata & tersilap tulis..harap dimaafkan..Dalam seronok berhari raya..makan daging, jangan dilupa mereka yang tidak berkemampuan..

&

JOM KITA HAYATI  ERTI SEBENAR PENGORBANAN

With love,
Muhaniza Zainal 
:)

No comments:

Post a Comment